headerphoto

Majlis Nisfu Sya'aban
IPTAF Kuala Terengganu

Al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal (Pengerusi IPTAF) telah memimpin Majlis Nisfu Sya’ban pada 6 Ogos, Rabu malam Khamis baru-baru ini. Majlis diadakan di Ribath Al-Hidayah, Bt Buruk bermula dengan solat Maghrib, bacaan yasin dan doa munajat.

Selepas Isya’, al-fadhil Ustaz menyampaikan pengajian kitab Haqaiq Tasawuf karya Syeikh Abd Qadir Isa kepada para jamaah muslimin muslimat.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam.