Ceramah Ambang Ramadhan Pesakat Trg Bhd Bukit Besi IPTAF Kemaman
Pihak IPTAF Kemaman telah memenuhi jemputan pihak Badan Kebajikan & Kakitangan Warga Kakitangan Pesaka Terengganu Berhad (BKKWP) untuk menyampaikan ceramah “Ambang Ramadhan” pada 19 Ogos, Rabu lalu. Ceramah yang diadakan jam 4 – 6 ptg itu telah disampaikan oleh ustaz Mohd Yusof Abd Razak (Pembimbing IPTAF Kemaman) di Berek Pekerja Pesaka di Bukit Besi, Dungun.
 Sebahagian pihak Pengurusan dan Kakitangan PESAKA TRG BHD (Gambar hiasan)
Ini adalah kali kedua pihak IPTAF dijemput selepas program Motivasi Hari Keluarga Pesaka yang telah diadakan di Dewan BALORA, Bandar al-Muktafi biLlah Shah pada Jun lalu. Pesaka Trg Berhad merupakan anak syarikat kepada syarikat Multi-Nasional, Golden Pharos Berhad.
Ceramah “Ambang Ramadhan” ini turut dihadiri oleh oleh Pengurus Besarnya, Tuan Hj Abd Aziz b. Awang Tera dan Tuan Hj Mazlan b. Long (Pengurus Operasi & Pengerusi BKKWP) serta para pegawai dan kakitangan berjumlah hampir 100 orang.
Dalam ceramah tersebut disentuh tentang Ramadhan dan ibadah puasa dalam sudut pandang Tauhid Tasawuf, natijah keimanan yang dikehendaki Allah dan keutamaan amal-amal di sepanjang Ramadhan. Penceramah juga menyentuh beberapa senario negatif dalam masyarakat kita yang tidak bertepatan dengan semangat Ramadhan itu sendiri. Maka menjelang Ramadhan kali ini, disarankan agar masing-masing berusaha memanfaatkan sebaik-baiknya setiap ruang waktu di sepanjang Ramadhan dan tidak -lagi tertipu dengan permainan nafsu dan duniawi.
Majlis berakhir dengan doa munajat dan jamuan ringan.
|