MAJLIS MUWASOLAH BERSAMA DENGAN AL-'ALAMAH HABIB UMAR AL HAFIZ![]() Majlis Muwasolah (Silaturrahim) Ulama dan Pendakwah Bersama Al Mukarram Habib Umar Ben Hafidz. Tanggal 10-11 Januari 2010 telah berlangsung satu majlis bersejarah di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Majlis yang bertujuan untuk memupuk pemuafakatan Ulama serta pendakwah tanahair yang merupakan kesinambungan dari perhubungan Ulama sedunia bersama Habib Umar (seorang tokoh ulama dan pendakwah tersohor). Majlis ini merupakan anjuran bersama Madrasah An Nur, ITMAM, IPTAF, Yayasan Sofa, Madrasah Al jenderami, Jamaah Khairiah, Jamaah Al Khidmah dengan sokongan dari JAKIM dan JAIS. Ianya dihadiri oleh kira-kira 150 peserta yang terdiri dari Tuan2 Guru pondok/ madrasah, tokoh ilmuan, para ustaz, ahli akademik dan pemimpin NGO. Memetik saranan dari Habib Umar: "Majlis seperti ini bukanlah bermaksud untuk membuat suatu gerakan baru, organisasi baru, parti baru atau hal-hal seperti itu kerana yang demikian itu sudah terlalu banyak dan umat Islam tidak memerlukan lagi tambahan organisasi yang serupa, sebaliknya ia bermaksud memupuk usahasama mencari penyelesaian kepada kemaslahatan ummah demi menjaga kepentingan umum umat Nabi Muhammad Sallallahua'laihi wasallam". Antara penekanan utama yang diberikan dalam sesi tausiyah dan juga dialog adalah para ulama dan pendakwah tidak terleka dengan persoalan furu’ sehingga mengabaikan kepentingan umum umat, meneladani pendekatan dakwah Rasulullah, menjalani tazkiyatun nafs, berpegang dengan ahli sunnah wal Jamaah serta berwaspada agar tidak membuka ruang yang boleh mendatangkan kerosakan pada ummah. Kesemua peserta telah membuat pernyataan bertulis bersetuju untuk terus bersama dalam majlis muwasolah. Bagi melancarkan lagi usahasama ini, sebuah panitia yang terdiri dari wakil ulama madrasah setiap wilayah, wakil ilmuan dan wakil NGO telah dibentuk. Semoga ianya akan menjadi cetusan ke arah pemuafakatan yang lebih utuh di kalangan ulama dan pendakwah demi pembangunan Agama, kesejahteraan ummah di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Lihat Bayan Al-'Alamah Habib Umar © Copyright 2010 IPTAF |
