![]() | |
| |
![]() |
|
1. Hukum Masuk Thariqah?
Jikalau yang dikehendaki masuk Thariqah itu belajar membersihkan hati dari sifat-sifat yang rendah dan menghiasi dengan sifat-sifat yang dipuji maka hukumnya fardhu A’in. Hal ini seperti hadis Rasulullah SAW yang ertinya “Menuntut ilmu diwajibkan bagi orang Islam laki-laki dan perempuan”. Akan tetapi kalau yang dikehendaki masuk Thariqah Mu’tabarah itu khusus untuk zikir dan wirid, maka termasuk sunnah Rasulullah SAW (artinya thariqah adalah melaksanakan kewajiban dan kesunatan, meninggalkan larangan, menghindari perbuatan mubah yang tidak bermanfaat, sangat berhati-hati dalam menjaga diri dari syubhat apalagi dari keharaman, sebagaimana orang yang wara’, dan menjalani riyadhah misalnya beribadah sunat pada malam hari, berpuasa sunat dan tidak mengucapkan kata-kata yang sia-sia). Adapun mengamalkan zikir dan wirid setelah baiat maka hukumnya wajib, untuk memenuhi janji. Tentang mentalqinkan zikir dan wirid kepada para murid, hukumnya sunat, kerana sanad Thariqah kepada Rasulullah SAW itu sanad yang yang sahih.
Keterangan dari Kitab: 2. Apakah boleh berpindah Thariqah? Jikalau kedua guru thariqah itu ‘arif (orang yang mengerti, meyakini dan mengamalkan hokum-hukum syariat yang menjadi pokok keabsahan agama baik I’tiqadiyah maupun amaliyah lahir dan batin) dan ahli, sedang thariqahnya pula sama, maka tidak boleh pindah kepada guru lain
Keterangan dari Kitab :
b) Majmuu’ah al Rasaa’il, hlmn 114, Syeikh Sulaiman Zuhdi anNaqsyabandi: “ Ketahuilah bahawa Thariqah yang ma’tsur, yang masyhur, yang sanadnya bersambung dari para guru Thariqah terdahulu sampai sekarang adalah seperti empat mazhab dalam hal perpindahan dari satu mazhab ke mazhab yang lain, iaitu boleh dengan syarat bidang yang dimasuki oleh orang yang berpindah mazhab itu harus utuh dengan senantiasa menetapi tatakeramanya(tatacara dan prosedurnya) c) Syarah al-Dardir ‘ala al-Kharidah al-Bahiyah : “ yang kelima ialah mengikuti seorang guru yang arif yang telah menempuh jalan kepada Allah di bawah pimpinan seorang guru yang juga ‘arif, sampai bersambung kepada Rasulullah saw”. d) Nataaij al afkar al Qudsiyah Syarah al Risalah al Qusyairiah, hlmn 67, Syaikhul Islam Zakariyya : “Arif menurut ulama tasawuf ialah sifat orang yang mengenal Allah dengan segala nama dan sifatNya, kemudian bersungguh atau membenarkan Allah di dalam tingkah lakunya dan membersihkan diri dari akhlak yang rendah.” e) Kifayah al-atqiyyaa Syarah Hidayah al Adzkiyaa’ oleh Sayyid Abu Bakar Syatha, hlmn 26 : “ Imam al Sya’rani mengatakan di dalam pendahuluan kitab al minan al Kubra, “ para guru thariqat sepakat bahawa seseorang tidak boleh memimpin majlis untuk mendidik para murid kecuali setelah ia mendalami syariat dan alat-alatnya, sebagaimana petunjuk para guru Thariqat Syadziliyyah”. 3. Bolehkah Mursyid melarang sebahagian muridnya menerima baiat dari mursyid yang lain? Boleh, kalau di dalam melarang itu untuk mengarahkan murid pada apa yang menjadikan kemaslahatannya. Keterangan dari Kitab : a) Tanwiir al-Quluub, hlmn 536, : “ ..mursyid tidak boleh lengah dalam membimbing muridnya kepada apa yang menjadikan kebaikan bagi diri mereka. 4. Bolehkah masuk dalam lebih dari satu thariqah? Jikalau yang dikehendaki dalam soal itu merangkap dua thariqah atau lebih , maka boleh dan tidak mengapa. Keterangan dari Kitab : a) Al-Bahjah al Saniyyah, hllmn 82: “ Syaikh Dahlawi menunjuknya sebagai mursyid dan khalifah dengan kekhalifahan yang sempurna dalam lima thariqah iaitu Naqsyabandiyyah, Qadiriyyah, Suhrawardiyyah, Kubrawiyyah dan Cistiyyah.” 5. Bolehkah seorang mursyid mengajarkan dan membaiat para murid tanpa mengajarkan ilmu syariat? Tidak boleh kalau murid masih dalam keadaan bodoh, dan di tempat itu tidak ada orang yang mengajar dia tentang ilmu syariat. Keterangan dari Kitab : a) Al-Futuuhaat al Ilahiyyah, hlmn 823, : “ kemudian mursyid harus mengajarkan kepada muridnya apa yang wajib dalam agamanya, antara lain; bersuci, solat dan apa yang berkaitan dengan itu, jika muridnya belum mengerti, juga ilmu Tauhid yang mudah/terjangkau tanpa harus menyertakan dalil(nasnya). Jika guru tersebut tidak sempat melakukan itu, maka ia harus menyerahkan muridnya kepada orang yang boleh mengajarinya. 6. Apakah boleh seorang mursyid membaiat orang perempuan lain dengan mengadu dahi? Tidak Boleh, bahkan haram secara mutlak, apabila membaiatnya itu mengadu dahi langsung tanpa lapis. Begitu pula haram walaupun dengan lapis apabila ditakuti menimbulkan fitnah. |
| © 2009 IPTAF |