headerphoto

Methodologi & Aktiviti

  1. Membimbing masyarakat Islam kepada kefahaman yang sahih dan menyeluruh terhadap Ilmu Tauhid Tasawuf serta salah faham terhadapnya.
  2. Menyediakan panduan dalam menentukan kesahihan ilmu dan amalan yang hendak diikuti oleh mana-mana pihak berdasarkan disiplin-disiplin yang digariskan oleh Ulama Tauhid Tasawuf yang muktabar di kalangan pendokong Ahli Sunnah wal Jamaah.
  3. Memfokuskan kepada pengajian ilmu bersanad, amalan penyucian jiwa bersilsilah (tariqah) dan gerakerja dakwah yang berhikmah.
  4. Menyusun pelbagai program dan aktiviti bagi mengukuhkan pegangan dan kefahaman terhadap akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
  5. Mewujudkan program ilmu dan tarbiyyah kepada semua peringkat umur anggota masyarakat dalam menangani permasalahan sosial khususnya di kalangan generasi muda pada masa kini.
  6. Mengadakan latihan perkaderan bagi melahirkan tenaga penggerak bagi merancakkan penyebaran Tauhid Tasawuf ke dalam masyarakat di seluruh negara amnya.
  7. Mewujudkan medan muzakarah di kalangan ulama Tauhid Tasawuf dalam menghadapi permasalahan semasa ummah dalam segala lapangan.
  8. Mengadakan kerjasama dan hubungan dua-hala dengan ulama dan institusi pendidikan Ahli Sunnah wal Jamaah yang pengkhususannya adalah dalam bidang Tauhid Tasawuf.
  9. Menyebarluaskan pengajaran Ilmu Tauhid Tasawuf melalui pelbagai mekanisme dan pendekatan berteraskan kepada nilai-nilai harmoni dan berkebajikan.

Program & Aktiviti

  • Siri-siri ceramah umum dan berkelompok
  • Kuliah dan pengajian kitab bersanad
  • Seminar, forum, wacana ilmiah dan muzakarah
  • Program Pembangunan Insan dalam bentuk kursus, latihan, motivasi dan sebagainya untuk semua lapisan masyarakat
  • Halaqah-halaqah zikir dan tazkirah Tauhid Tasawuf
  • Penerbitan buku, majalah, cd/vcd dan bahan-bahan multimedia berteraskan Ilmu Tauhid Tasawuf
  • Kegiatan-kegiatan kebajikan, sosial, kesenian dan kebudayaan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam
  • Pembinaan Ribath
  • Pengumpulan maklumat dan bahan-bahan yang berkaitan dengan biografi, keilmuan, pengamalan, ketokohan dan perjuangan ulama Tauhid Tasawuf serta karya-karya mereka
  • Lawatan dan ziarah ke tempat-tempat yang berkaitan.