Sambutan Maulidur Rasul 1430 di Kemaman

Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم anjuran IPTAF telah diadakan secara besar-besaran pada Sabtu, 4 April 2009 bertempat di Dewan Dato' Seri Amar Diraja, Kemaman, Terengganu.
Majlis sambutan yang julung kali diadakan oleh IPTAF ini dihadiri hampir 2,500 tetamu termasuk tetamu khas iaitu Syaikh Hj Ibrahim Mohamad asy-Syathari, yang juga merupakan pengasas dan penasihat Iptaf.
Majlis diisi dengan persembahan qasidah dan selawat oleh Ribath Pulau Manis, Ribath Al-Hidayah, Rakan Burdah Remaja Kemaman dan Pondok Al-Mustaqim. Manakalah Tausiah pula telah disampaikan oleh para pembimbing Iptaf iaitu Tuan Guru Mustafa Kamal Hamzah (K.Trg), Ustaz Hj Razali Daud (Klang) dan Ustaz Dasuki Mohamed (KL)...