headerphoto

Majlis Bacaan Hizib Menghindar Penyakit Berjangkit dan IFTAR
IPTAF Kuala Terengganu

Majlis ini telah berlangsung pada Jumaat, 4 Sept. bertempat di Ribath Menengah Al-Hidayah, Kuala Terengganu. Majlis bermula jam 6 ptg dan dipimpin oleh Pengerusi IPTAF, Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah. Kedatangan muslimin muslimat amatlah menggalakkan dimana lebih 200 orang telah hadir menyertai majlis dan berbuka puasa bersama-sama.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi IPTAF, menyatakan tujuan majlis ini diadakan sebagai ikhtiar dan tanda ubudiah kita dalam menghadapi ujian-ujian masa kini, terutamanya wabak H1N1 yang masih belum ditemui jalan penyelesaiannya. Kemudian beliau memimpin para jemaah membaca yasin dan beberapa hizib untuk menghindarkan dari segala bahaya zahir dan batin, khususnya wabak H1N1 dan segala penyakit berjangkit. Sebaik selesai, beliau mengijazahkan segala hizib-hizib tersebut kepada semua yang hadir.

Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa, Ustaz Yusof (pembimbing IPTAF Kemaman) telah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan Ramadhan, yang kemudiannya diakhiri dengan doa munajat yang dibacakan oleh Ustaz Mustaffa Kamal. Para jemaah kemudiannya telah berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.