headerphoto

Pendakian Salik Menuju Allah

Bil m/surat : 93 | Harga : RM 9.90

Pengarang : al-faqir ilalLah Hj Ibrahim Mohamad

Penerbit : Perniagaan Jahabersa (dapatkan di pasaran)

Setelah engkau memiliki ilmu, tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu. Berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual di maya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa-apa bantuan dari sekelilingmu...

Buku yang anda tatap ini insya Allah dapat membantu anda mengatur langkah yang tersusun dan waspada dalam pendakian menuju Allah SWT. Penulis sebelum ini telah menghasilkan buku LIKU-LIKU JALAN KETUHANAN yang berjaya merungkai pelbagai persoalan di sekitar dunia kesufian, tasawuf dan tariqah. Beliau juga telah menulis buku-buku yang lain dalam pelbagai tajuk. Mudah-mudahan buku ini memberi manfaat yang berguna kepada para pembaca sekelian, insya Allah.

Kandungan :

1. Tafakur adalah jalan pembuka pintu ilmu dan hidayah ... 1
2. Kepentingan ilmu dalam pendakian menuju Allah ... 4
3. Mendapat pimpinan Guru Mursyid ... 6
4. Taubat mensucikan diri menuju Allah ... 13
5. Bahaya godaan dalam menuju Allah SWT ... 28
6. Tipu daya syaitan terhadap mereka yang beribadah ... 32
7. Tipuan Hawa nafsu ... 41
8. Beribadahlah kepada Tuhanmu ... 51
9. Empat puluh kemuliaan ... 54

Pesanan & Pembelian

  1. Bagi 4 tajuk yang dicetak oleh Penerbitan Jahabersa boleh didapati dari kedai-kedai buku di seluruh negara. Jika anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya, sila berhubung dengan pihak kami.
  2. Bagi judul-judul yang lain, hanya boleh dibeli dari pihak kami sahaja, dengan cara pesanan pos seperti berikut :
  • smskan senarai KOD judul yang ingin dipesan, beserta nama dan alamat penuh.
  • pihak kami akan menguruskan penghantaran dan kemudian akan memaklumkan kepada pembeli jumlah bayaran (termasuk kos pos) dan no akaun bank untuk pembayaran. Perhubungan akan dibuat melalui sms.
  • untuk tujuan pesanan atau pertanyaan, sila sms ke 019-9241197 (Yusof - TRG) @ 013-3635451 (Che Rasmizan - KL).