headerphoto

Bisikan dari Gunung

Harga : RM 6.00

Pengarang : al-faqir ilalLah Abu Hubaib Asy Syathari

Penerbit : IPTAF

Segala peristiwa yang berlaku pada diri atau di sekeliling kita sesungguhnya mengandungi pelbagai hikmah dan iktibar.

Begitu juga dengan alam yang terhampar indah dan langit yang terbentang luas, semuanya membuktikan sifat-sifat Kesempurnaan Allah SWT. Bagi insan yang mempunyai mata hati yang tajam, ia akan dapat melihat dan merasai Kebesaran Allah dalam setiap pandangan dan pendengarannya, malah dapat dirasai di segenap urat nadi dan denyut jantungnya. Diri terasa amat kerdil dan lemah, apabila memandang ia hanya melihat Asma, Af'al dan Sifat Allah yang amat indah.

Membaca buku ini, anda bagaikan berada di puncak sebuah gunung dan dibawa mengembara jauh untuk merenung dan bertafakur tentang Allah, diri sendiri, alam dan segala peristiwa yang berlaku di dunia yang fana ini.

Bahasa yang dipaparkan adalah dalam bentuk motivasi; membawa pembaca kepada tujuan menjadi hamba yang halus ubudiyyahnya kepada Allah, dan menjadi Mukmin yang hebat, berjiwa besar, berfikir besar dan tinggi cita-citanya!

Pesanan & Pembelian

  1. Bagi 4 tajuk yang dicetak oleh Penerbitan Jahabersa boleh didapati dari kedai-kedai buku di seluruh negara.
  2. Bagi judul-judul yang lain, hanya boleh dibeli dari pihak kami sahaja, dengan cara pesanan pos seperti berikut :
  • smskan senarai KOD judul yang ingin dipesan, beserta nama dan alamat penuh.
  • pihak kami akan menguruskan penghantaran dan kemudian akan memaklumkan kepada pembeli jumlah bayaran (termasuk kos pos) dan no akaun bank untuk pembayaran. Perhubungan akan dibuat melalui sms.
  • untuk tujuan pesanan atau pertanyaan, sila sms ke 019-9241197 (Yusof - TRG) @ 013-3635451 (Che Rasmizan - KL).