headerphoto

Ceramah : "Tauhid sebagai Asas Ibadah, Dakwah dan Tarbiyah"

19 Julai - Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Jln. Tun Razak KL telah menjemput wakil IPTAF, Abi Hj Razali untuk menyampaikan kuliah “Tauhid sebagai Asas Ibadah, Dakwah dan Tarbiyah” kepada para naqib dan naqibah BADAR bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Saudara Zaidi, Pengerusi badan tersebut memberikan komentar, antara lain beliau menyatakan :”Kefahaman Tauhid yang jelas serta penghayatan kepadanya sangat penting terutamanya kepada para remaja, mahasiswa di kota metropolitan ini ke arah menyelamatkan aqidah mereka dari diselewengkan oleh anasir-anasir negatif yang halus. Sebagai contoh saya sendiri. Saya yang selama ini mengambil pengajian perubatan, mengkaji sistem badan manusia dan sebagainya, tapi tidak pula terdorong untuk merasai kebersamaan Allah dalam setiap sel atau gerak sesuatu”.

Beliau berhasrat untuk menyusun program susulan bersama IPTAF bagi memantapkan lagi kefahaman serta penghayatan tauhid kepada anggota BADAR. Ianya dilihat sangat penting sebagai sumber motivasi rohani ke arah menguatkan komitmen mereka dengan aktiviti dakwah serta khidmat kepada agama Allah.