headerphoto

Majlis Walimah
Ayah Kie

Jam 11.30 pagi Sabtu, 1 Ogos 2009 mencatatkan peristiwa manis buat Sdra Marzuki Mohamad (Ayah Kie) yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan Norfaezah bt Muda. Majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kg Baru Kuala Abang, Dungun, Terengganu.

Ayah Kie merupakan salah seorang tenaga sepenuh masa yang berkhidmat di Ribath Pulau Manis sejak lebih 3 tahun yang lalu.

Pada majlis tersebut, anak-anak Ribath turut dijemput membuat persembahan qasidah-qasidah selama lebih sejam kepada pasangan pengantin dan para hadirin yang hadir.

'Aku terimalah akan nikahnya..." dengan sekali lafaz Ayah Kie dah bergelar suami

Ribath Pulau Manis membuat persembahan istimewa untuk pengantin dan tetamu yang hadir

Ayah Kie turut serta dengan anak-anak Ribath... (debaran akad nikah belum hilang... he he..)

Anak-anak Ribath bersalam-salaman dengan Ayah Kie... 'semoga bahagia ke anak cucu'..

Sebahagian tenaga pengajar dan pelajar Ribath Darwisyah Pulau Manis turut serta memeriahkan majlis...