headerphoto

Munajat Ambang Ramadhan
Iptaf Kemaman - Dungun


Sebahagian jamaah yang hadir

Malam tadi telah berlangsung majlis “Malam Munajat Ambang Ramadhan” di Madrasah Al-Mustaqim, Chukai, Kemaman. Ia adalah anjuran bersama IPTAF Kemaman dan IPTAF Dungun serta Madrasah A-Mustaqim.

Majlis bermula dengan solat Isya’ dan solat Hajat yang dipimpin oleh pembimbing IPTAF Kemaman, ustaz Yusof. Kemudian diteruskan dengan bacaan Qasidah oleh pelajar Al-Mustaqim, beberapa orang anak-anak Ribath Pulau Manis (yang kebetulan pulang bercuti) dan para jamaah yang hadir.

Seterusnya ustaz Sabri (pembimbing IPTAF Dungun) dan ustaz Khairul memimpin zikir munajat yang mengundang tangisan keinsafan para jamaah, disusuli dengan doa munajat yang dibaca oleh ustaz Yusof.

Selepas tazkirah ringkas mengenai Ramadhan, majlis diteruskan dengan bacaan qasidah sekali lagi dan diakhiri dengan berselawat dan bersalam-salaman.

Dianggarkan lebih 200 jamaah yang hadir termasuk muslimat dan anak-anak.